Polisi Privasi

(English)

Notis Polisi Privasi ini menetapkan dasar privasi semasa MIDF Property Berhad (MIDF Property) dan amalan pengumpulan, penggunaan dan/atau pendedahan sebarang maklumat peribadi yang dikumpul oleh MIDF Property secara manual atau melalui laman web ini. Menurut Akta Perlindungan Data Peribadi (“Akta tersebut”), data peribadi adalah merujuk kepada apa-apa maklumat mengenai urus niaga komersial yang disimpan atau dirakamkan dan yang boleh diuruskan secara otomatik atau sebagai sistem fail. Ia mempunyai skop yang sangat luas meliputi maklumat yang sensitif dan peribadi termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, alamat, maklumat perhubungan, nombor kad pengenalan/paspot, alamat e-mel, maklumat bank akaun, dan lain maklumat di bawah Akta tersebut.

Data Peribadi yang diproses oleh MIDF Property

Nama, alamat, maklumat perhubungan, nombor kad pengenalan/paspot, alamat e-mel, maklumat bank akaun, gambar-gambar dan imej di CCTV dan sebarang maklumat yang berkaitan dengan transaksi pelanggan individu/klien/kontraktor dengan MIDF Property.

Tujuan-tujuan

MIDF Property hanya memproses data peribadi bagi tujuan tertentu dan terhad yang termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:

  1. untuk berkomunikasi dengan pelanggan/penjamin/klien/kontraktor;
  2. untuk pemeriksaan, penilaian kredit, pemeriksaan kewangan dan latar belakang sekiranya diperlukan;
  3. untuk membolehkan anda memasuki perjanjian dan/atau kontrak bagi membeli/menyewa produk dan/atau harta daripada kami;
  4. untuk pemeliharaan dan penjagaan rekod-rekod dan perkembangan pelanggan;
  5. pemasaran dan aktiviti-aktiviti pemprofilan pelanggan;
  6. untuk bertindak balas kepada pertanyaan;
  7. untuk menghantar permintaan maklumat perundangan dan bahan promosi;
  8. memenuhi sebarang keperluan undang-undang berkanun atau kawal selia berkaitan;
  9. untuk membekal dan mengemukakan Data Peribadi anda kepada Indah Water Konsortium, Syarikat Bekalan Air, Tenaga Nasional Berhad, Pejabat Tanah, Bank-Bank, Juruaudit, Mahkamah Tinggi, Mahkamah-mahkamah rendah, Syarikat insurans, dan firma undang-undang.

Penzahiran

Segala maklumat peribadi dipegang oleh MIDF Property adalah disimpan secara sulit tetapi kami juga boleh menzahirkan data peribadi anda kepada pihak ketiga seperti tersebut di bawah:

  1. orang perseorangan, agensi kerajaan, autoriti berkanun dan/atau pengawal industri yang mana kami diwajib atau diperlukan untuk berbuat demikian menurut sebarang undang-undang, seperti tersebut di atas;
  2. mana-mana syarikat berkaitan/atau anak syarikat MIDF Property,
  3. rakan-rakan dan sekutu perniagaan kami yang menyediakan perkhidmatan atau produk yang berkaitan berhubung dengan perniagaan kami;
  4. juruaudit, pakar perunding, peguam, akauntan atau penasihat kewangan atau professional kami yang lain yang dilantik oleh kami berhubung dengan perniagaan kami;
  5. pembekal pihak ketiga, syarikat pengurusan pihak ketiga, kontraktor/subkontraktor atau pihak-pihak lain yang difikirkan perlu oleh kami;
  6. agensi-agensi rujukan kredit; dan
  7. penyedia perkhidmatan yang dilantik oleh kami berhubung dengan program kesetiaan kami, bagi tujuan acara-acara syarikat kami.

Keselamatan

MIDF Property akan mengambil tindakan-tindakan wajar untuk melindungi data peribadi dalam rekodnya daripada apa apa kehilangan, salah guna, ubah suaian, akses atau penzahiran tanpa kebenaran atau tidak sengaja, pengubahan atau pemusnahan.

Penyimpanan

Maklumat peribadi yang diproses akan disimpan bagi mana-mana tempoh yang difikirkan perlu atau seperti yang dikehendaki oleh undang-undang dan/atau peraturan dan/atau polisi dan/prosedur-prosedur yang berkaitan.

Keengganan/Kegagalan Membekalkan Data Peribadi

Sekiranya anda memilih untuk tidak memberikan kami data peribadi anda apabila ia diperlukan untuk berbuat demikian, ia akan mengakibatkan kami tidak dapat memproses permohonan atau permintaan anda untuk produk atau perkhidmatan kami.

Akses, Pembetulan dan Aduan

Tertakluk kepada sebarang pengecualian di bawah undang-undang yang diguna pakai, anda boleh pada bila-bila masa selepas ini memohon akses kepada, atau untuk pembaikan dan pembetulan Data Peribadi anda atau menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda, atau membuat aduan kepada MIDF Property Berhad dengan secara bertulis atau menghubungi:-

Setiausaha
PDPA Task Force Committee
MIDF Property Berhad
Lot 3.6, Level 3,PNB Darby Park,No. 10 Jalan Binjai,50450 Kuala Lumpur.
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
          This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Tel No: 03-2180 2888
Faks No.: 03-2180 2828

Berkenaan dengan hak anda untuk mengakses dan/atau membetulkan Data Peribadi anda, MIDF Property berhak untuk menolak permohonan anda untuk mengakses dan/atau membuat sebarang pembetulan pada Data Peribadi anda atas alasan-alasan yang dibenarkan di bawah undang-undang, seperti apabila pemberian akses kepada anda adalah tidak seimbang dengan risiko kepada privasi anda.